Tingkat penghayatan Islam melalui dakwah lebih kreatif

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Usaha dakwah dengan pendekatan yang lebih kreatif dan menarik diperlukan bagi meningkatkan penghayatan terhadap agama Islam.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri terutama menerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan komited melakukan pelbagai langkah serta strategi dalam menjayakan usaha itu.

“Kita perlu tingkatkan usaha dakwah dengan membawa pendekatan yang lebih kreatif dan menarik,” katanya semasa berucap ketika merasmikan Program Negeri Sembilan Islamic Festival 2019 (N91F 2019) di sini, hari ini.

Program anjuran Pertubuhan Islam Az-Zein Negeri Sembilan dengan kerjasama Fanatique Events yang berlangsung bermula semalam itu bertujuan memberi penerangan, pendidikan dan aktiviti yang menjurus ke arah keagamaan selain mewujudkan kesedaran kepada masyarakat agar menghayati rasa cinta terhadap ALLAH dan Rasulullah.

Pelbagai acara disusun dalam program tiga hari itu seperti Open Mic Sembang Hijrah, Qari Junior Tilawah Muqaddam, Azan Championship, Program Maulid Akbar bersama tokoh ulama musantara. Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki serta Konsert Gema Di Ufuk Timur yang menampilkan penyanyi legenda tanah air seperti M Nasir, Lah Ahmad, Brothers dan Simfoni Burdah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!