Peniaga idam wang tunai
KUALA NERUS - Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan patut direbut oleh pembaca setia akhbar Sinar Harian.
Seorang peniaga, Nor Azizah Ngah, 42 dari Kampung Telaga Daing, Seberang Takir di sini berkata, jika rezeki berpihak kepadanya, dia akan menggunakan wang kemenangan itu bagi membantu meringankan beban perbelanjaan keluarganya.
Menurutnya, pandemik koronavirus (Covid-19) turut memberi kesan terhadap perniagaan yang diusahakan.
“Jadi, peraduan sebegini adalah peluang keemasan bagi saya yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.
“Saya berdoa dan berharap agar ada rezeki buat saya selepas menghantar borang penyertaan, namun jika sebaliknya saya tetap bersyukur kerana telah mencuba,” katanya yang berniaga barangan basah dan kering kepada Sinar Harian di sini semalam.
Nor Azizah berkata, dia mengetahui mengenai peraduan tersebut selepas membaca akhbar Sinar Harian.
“Keluarga turut memberi sokongan dan dorongan kepada saya agar menyertai peraduan ini,” katanya.
Selain berpeluang meraih wang tunai, pembaca juga bakal memenangi hadiah-hadiah iringan dan saguhati seperti motosikal, basikal, televisyen, kamera dron dan banyak lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!