BN komited jayakan agenda bela rakyat bersama PN

Sesi pertemuan menteri-menteri BN bersama Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
Sesi pertemuan menteri-menteri BN bersama Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) terus komited untuk bersama menjayakan agenda membela rakyat oleh kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian selepas pertemuan menteri-menteri BN bersama Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

"Banyak perkara yang dibincangkan termasuk hasil pertemuan Pengerusi BN (Ahmad Zahid) dengan Duta Besar Amerika Syarikat sebelumnya.

"Kita juga bincang beberapa dasar parti yang kita bawa untuk ditimbang dan dilaksanakan oleh kerajaan," tulisnya di Facebook hari ini.

Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, BN juga menyambut baik langkah yang diambil Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang membuat 'engagement' dengan pemimpin-pemimpin BN.

"Tengku Zafrul bersikap 'receptive' dan positif terhadap pelbagai syor yang dikemukakan BN," katanya.

Selain itu Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, kesemua menteri BN mencadangkan agar pertemuan seperti yang diadakan semalam dibuat dengan lebih kerap sekurang-kurangnya dua minggu sekali supaya dasar dan agenda parti serta kerajaan dapat diselaraskan.

ARTIKEL BERKAITAN: BN umum bermesyuarat malam ini

Artikel Berkaitan:

Sokongan BN terhadap Belanjawan 2021 diteruskan: Hishammuddin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!