Kedai atas talian jual 100 peratus produk tempatan

A
A
A

Sebenarnya terdapat pelbagai platform atas talian yang menjual barangan dan perkhidmatan tempatan. Bermula dari poduk makanan, bahan bacaan, kelengkapan rumah, fesyen dan sebagainya, ia cukup mudah didapati oleh pembeli lokal.

Berikut antara platform jualan atas talian yang menawarkan produk buatan Malaysia

1. Pelbagai barangan segar dan lokal di Agrobazaar Online

Bazar dalam talian kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), ‘Agrobazaar Online’ kini menjadi normal baharu masyarakat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara pada Mac lalu.

No Image Caption

Agrobazaar Online berjaya mencatatkan nilai jualan RM2.17 juta mulai 18 Mac hingga 8 November lepas.

Ia melibatkan pecahan nilai jualan produk segar dan industri asas tani (IAT) masing-masing sebanyak RM1.18 juta dan RM0.99 juta melibatkan 41,654 servis penghantaran sepanjang tempoh itu.

Jumlah itu melibatkan pembelian produk segar seperti sayuran dan buah-buahan (RM693,000) dan produk asas tani (RM491,000).

Artikel Berkaitan:

Sebanyak 29,663 penghantaran telah dilakukan oleh pihak Agrobazaar Online sepanjang tempoh itu.

No Image Caption

Berdasarkan jumlah ini, kini Agrobazaar Online menjadi budaya hidup masyarakat untuk mendapatkan pelbagai produk keluaran tempatan tanpa perlu lagi ke kedai.

Agrobazaar Online merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 11 Disember 2014 di Putrajaya.

2. Karangkraf Mall: Kedai buku atas talian

Karangkraf atau nama eksekutifnya Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd sudah memulakan perniagaan sejak tahun 1987 lagi. Pengasasnya, Dato' (Dr.) Hussamuddin Haji Yaacob pernah berkata, dia mempunyai impian yang besar dalam hidupnya iaitu ingin mengolah kertas putih menjadi ‘emas’.

Majalah sulung terbitan Karangkraf adalah Mingguan Kanak-Kanak, disusuli tabloid mingguan Bacaria, Watan, Media Hiburan, Seri Dewi & Keluarga, Remaja, Nona dan berbagai-bagai lagi jenama majalah yang masih bertahan sehingga ke hari ini.

Tidak terhenti di situ, Karangkraf menerbitkan pula akhbar Sinar Harian pada 2006 dan kini menjadi antara media arus perdana terbaik di negara ini.

Bagi memenuhi kehendak pelanggan dan pasaran digital, Kumpulan Media Karangkraf mewujudkan platform Karangkraf Mall iaitu kedai buku atas talianyang menawarkan belian secara 'online' bagi novel, buku, majalah dan langganan untuk semua produk Kumpulan Media Karangkraf, Alaf21, Buku Prima serta Karya Bestari.

No Image Caption

Karangkraf Mall menawarkan diskaun dan promosi tanpa henti, 24 jam sehari dan 365 hari setahun untuk pelanggan-pelanggan yang mahu menikmati buku, novel, majalah dan Al-Quran terbaik di antara yang terbaik, terkini serta terlaris ada di pasaran!

No Image Caption

Selain daripada kedai atas talian, Karangkraf Mall juga mempunyai outlet atau ‘kedai buku’ sendiri yang terletak di Kompleks Media Kumpulan Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.

Untuk pembelian secara bahan bacaan atas talian sila klik pautan di bawah:https://www.karangkrafmall.com

Beli hasil kraftangan atas talian di E-Kraf Bazar

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif pemasaran dalam talian (online) di media sosial Facebook yang dikenali sebagai E-Kraf Bazar bagi membantu golongan usahawan kraf yang terkesan ketika negara dan dunia berdepan dengan krisis penularan COVID-19.

No Image Caption

Inisiatif ini telah bermula pada 8 April 2020 lalu bagi memasarkan produk kraf daripada usahawan bidang seperti tekstil, hasil rimba, seramik, logam dan aneka kraf.

Selain itu, platform ini turut memudahkan pengguna mendapatkan keperluan diri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta keperluan untuk persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tadau Kaamatan dan Gawai Dayak.

Setakat ini, lebih 3,000 penyertaan telahpun diterima dan dijangka lebih 700 usahawan kraf dengan bilangan pengikut (follower) seramai 2.3 juta bakal menyertai E-Kraf Bazar.

No Image Caption

E-Kraf Bazar ini diharap dapat memberi peluang yang besar kepada usahawan kraf untuk memasarkan produk mereka dengan menggunakan teknologi digital terkini iaitu telefon pintar bagi mempromosikan perniagaan atas talian secara lebih meluas.

Sila klik pautan di bawah untuk ke platform E-Kraf Bazar:https://www.facebook.com/groups/krafbazar/

PG Mall: Platform e-dagang tempatan pertama

No Image Caption

PG Mall merupakan platform e-dagang tempatan pertama di Malaysia yang telah mula beroperasi pada tahun 2017.Sebelum ini platform pasaran e-dagang di Malaysia dikendalikan oleh syarikat luar negara.

PG Mall ni turut tersenarai dalam carta tiga teratas platform e-dagang terbaik oleh Iprice yang dipaparkan di laman sesawang itu. Apa yang menarik PG Mall menerima semua jenis e-dompet dan pembayaran atas talian yang lain termasuk e-dompet yang diberikan melalui e-penjana.

Di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangkan Pendek (Penjana), PG Mall telah diiktiraf sebagai platform membeli belah atas talian di bawah inisiatif e-Penjana.

No Image Caption

PG Mall turut menjual pelbagai produk tempatan dan platform ini juga menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia yang diusahakan oleh kerajaan.

Memang selayaknya PG Mall berada diantara e-dagang yang terbaik di Malaysia kerana barang baik adalah barang kita.

Anda boleh membeli belah di PG Mall dengan memuat turun aplkasinya di Play Store serta IOS atau klik pautan berikut: https://pgmall.my/

OurShop bantu usahawan tempatan ketika norma baharu

No Image Caption

AirAsia kini tampil dengan platform e-dagang iaitu OURSHOP, laman perniagaan atas talian khusus kepada peniaga dan syarikat.

Menerusi platform ini, peniaga tidak perlu khuatir lagi, produk perniagaan akan dihantar menerusi rangkaian Teleport – iaitu cabang kargo dan logistik AirAsia.

Platform ini turut membolehkan para peniaga mendaftar pada komisen sifar dan yuran penyenaraian sifar bagi memasarkan produk mereka di laman OURSHOP untuk keseluruhan bulan April ini.

No Image Caption

Malah, tujuan utama platform juga adalah untuk membuka jurang perkhidmatan penghantaran yang dilihat semakin sukar disamping dapat membantu ekonomi negara peroleh pendapatan.

Pelbagai produk boleh menggunakan perkhidmatan ini, seperti barangan keperluan harian, runcit, bekalan makanan serta barangan kecantikan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari pada pautan ini www.ourshop.com

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!