'Jangan biar Tun Mahathir berseorangan'

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kesemua jentera pentadbiran kerajaan, terutama menteri dan timbalan menteri harus membantu menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat, kata bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran hampir 20 tahun itu berkata, timbul persepsi kini bahawa semua perkara perlu bergantung kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.

Katanya lagi, persepsi seperti itu merupakan sesuatu yang berbahaya dan mampu mengganggu kejituan PH sebagai kerajaan pemerintah.

“Saya fikir soal pokok dalam hal ini, soal bertindak sebagai satu pasukan. Apakah makna bertindak sebagai satu pasukan? Kalau ada kapten, ikut kata-kata kapten, ikut arahan kapten dan tentukan kita sama sama jelaskan dengan komitmen yang sama, pegangan yang sama, naratif yang sama terhadap isu sama.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR Selangor perlu ingat sejarah mungkin berulang

“Jangan ada dua tiga versi dalam soal yang dibangkitkan sama ada oleh pembangkang atau rakyat. Perkara ini boleh jadi penentu pada kepercayaan orang ramai, akan hilang defisit kepercayaan terhadap PH seolah tak ada hala tuju,” katanya kepada Astro Awani, hari ini.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, tidak mustahil kerajaan PH yang menguasai Putrajaya dan beberapa negeri lain akan tumbang jika pemimpinnya enggan menerima teguran.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, anggota Kabinet perlu merapatkan jurang dengan penjawat awam bagi melancarkan usaha menyampai dan melaksanakan dasar kerajaan.

Artikel Berkaitan:

“Jadi menteri, timbalan, Perdana Menteri sendiri, perlu memberikan arahan yang jelas supaya mereka dapat melaksanakan aspirasi dan citarasa parti yang jadi pemerintah.

“Penjawat awam tahu tanggungjawab mereka untuk laksanakan apa juga keputusan dasar yang dibuat oleh kerajaan semasa. Jadi mereka nak laksanakan, tapi macam mana kalau tak ada petunjuk, arahan jelas, mereka tidak ada kepastian keputusan untuk mereka bertindak,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!