Pos Sekatan Jalan Raya Sempadan
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador (dua, kiri) bertanya sesuatu kepada anggota bertugas di Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi selepas melawat kawasan berlakunya tembakan keatas seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi.
Ketua Polis Perlis SAC Datuk Surina Saad berkata sesuatu kepada para anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) atas pengorbanan dan keberanian mereka sehingga menyebabkan gugurnya seorang anggota PGA, mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkena tembakan ketika bertugas dalam Operasi Benteng di sempadan Malaysia-Thailand, awal pagi tadi.
Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dilihat sedang mengawal ketat Pos Sekatan Jalan Raya Taman Radzi ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador melawat kawasan berlakunya tembakan keatas seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di sempadan Malaysia-Thailand yang maut dipercayai ditembak, awal pagi tadi.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!