Bomba selamatkan bayi nyaris lemas

Suriati (kanan) bersama anaknya, Adeeb yang berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam banjir di rumahnya di Kampung Petaling, Kuala Nerus hari ini.
Suriati (kanan) bersama anaknya, Adeeb yang berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam banjir di rumahnya di Kampung Petaling, Kuala Nerus hari ini.
A
A
A

KUALA NERUS - Tindakan pantas anggota bomba menyelamatkan seorang bayi berusia 16 bulan daripada lemas dalam kejadian banjir di Kampung Petaling di sini tengah hari tadi.

Bayi berkenaan, Adeeb Arshad Abd Halim ketika itu bersama abang dan kakaknya berada atas kerusi di ruang tamu rumah yang dinaiki air.

Dia kemudian tergelincir lalu terjatuh ke dalam air, bagaimanapun bernasib baik kerana terdapat anggota bomba yang kebetulan datang untuk membuat kerja menyelamat.

Ibu bayi berkenaan, Suriati Yusof, 44, berkata, ketika kejadian, dia sedang berkemas dan mengalihkan barang berikutan rumah mereka dinaiki air kira-kira satu meter.

Suriati (kanan) bersama anaknya, Adeeb yang berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam banjir di rumahnya di Kampung Petaling, Kuala Nerus hari ini.
Suriati (kanan) bersama anaknya, Adeeb yang berjaya diselamatkan anggota bomba selepas terjatuh ke dalam banjir di rumahnya di Kampung Petaling, Kuala Nerus hari ini.

"Jantung saya bagaikan luruh apabila ternampak Adib jatuh ke dalam air. Lama juga, lebih 30 saat. Mujurlah ada anggota bomba berhampiran tempat kejadian dan bantu menyelamatkannya.

"Saya tak dapat bayangkan apa yang mungkin terjadi jika tiada orang di situ," katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Guntong di sini hari ini.

Ibu kepada sembilan anak itu berkata, kejadian banjir itu adalah kali pertama berlaku sejak menetap di kampung berkenaan kira-kira 40 tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!