Polis Marin rampas mercun, bunga api

Mercun dan bunga api yang berjaya dirampas.
Mercun dan bunga api yang berjaya dirampas.
A
A
A

GEORGETOWN - Pasukan Polis Marin Pulau Pinang merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis bernilai RM30,000 Setiawan, Perak petang semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah (1), Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, rampasan itu dibuat sepasukan Polis Marin Wilayah 1 Kampung Acheh selepas menyerbu sebuah lori satu tan pada jam 5 petang.

Menurutnya, hasil serbuan, pihaknya menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam lori yang dibawa seorang lelaki tersebut.

"Lelaki berusia 35 tahun dan berasal dari Taiping itu ditahan bersama lori jenis Nissan yang berisi 25 jenis mercun serta bunga api.

"Kesemuanya dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Kampung Acheh untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957," katanya menerusi kenyataan media tadi.

Tambahnya, sempena menjelang Tahun Baru Cina ini, Pasukan Polis Marin akan menjalankan operasi dan membuat pemeriksaan ke atas semua bot, feri serta kapal kargo bagi memastikan tiada perlanggaran undang-undang terutamanya dari aspek penyeludupan barangan dan keluar masuk warganegara asing.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!