Jasa dijenamakan semula sebagai J-Kom

Saifuddin
Saifuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kabinet bersetuju Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) dengan peranan dan fungsi berbeza.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tugas utama J-Kom pada masa ini ialah melaksanakan komunikasi strategi pembudayaan norma baharu koronavirus (Covid-19).

“Fungsi J-Kom tak bersifat bertindan dengan agensi di kementerian lain dari segi kumpulan sasar, pendekatan program dan aktiviti,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, kaedah J-Kom yang digunakan ialah dengan cara membangunkan komuniti, khususnya di peringkat akar umbi yang mengamalkan budaya ilmu, berkemahiran digital dan menghayati makna serta fokus patriotisme dengan menggunakan pendekatan penghakupayaan komuniti.

Saifuddin turut memaklumkan bahawa fungsi J-Kom juga berbeza dengan Jabatan Penerangan memandangkan tugas utama J-Kom pada waktu ini adalah melaksanakan komunikasi strategik membudayakan normal baharu susulan Covid-19 manakala Jabatan Penerangan pula bertujuan memberi kefahaman mengenai sesuatu dasar, program dan inisiatif kerajaan dengan memberi keutamaan kepada komunikasi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!