Saman Sarawak Report: Jawab fitnah di Padang Mahsyar

Ahmad Dusuki Abdul Rani
Ahmad Dusuki Abdul Rani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik tuntutan saman terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown adalah tepat.

Pendapat ini dikemukakan pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang berharap fitnah dilakukan itu dijawab di hadapan mahkamah ALLAH di Padang Mahsyar kelak.

“Tindakan yang bersesuaian pada masa ini (tarik balik saman). Moga fitnah itu dijawab di hadapan mahkamah ALLAH di Padang Mahsyar nanti.

“Apakah terlepas pemfitnah itu? Tentu tidak! Bahkan pemfitnah itu pasti berhadapan kesukaran saat sakaratul dan barzakh nanti.

“Kita pula usahlah menjadi pemfitnah.. jauhkan dari azab api neraka ALLAH di sebabkan termakan fitnah sebegini,” tulis beliau hantaran Facebooknya.

Semalam, Abdul Hadi dalam satu kenyataan menyatakan langkah itu dibuat selepas beliau memutuskan untuk menyelesaikan kes saman terbabit di luar mahkamah, dalam kes difailkan di London, itu.

Sebelum ini, Presiden Pas itu memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016.

Laporan itu antara lain mendakwa beliau menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan Umno.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun Brown memfailkan permohonan untuk membatalkan saman fitnah berkenaan pada April 2018, antara lain atas alasan intimidasi saksi.

Dakwa Brown dalam permohonannya, mengadu Abdul Hadi memutarbelitkan maksud kata-katanya untuk tujuan tersembunyi partinya dan bukan untuk mempertahankan reputasi diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!