KBS kemuka model gelembung sukan kepada MKN
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedang mengusahakan satu model gelembung sukan yang akan dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha membolehkan perlawanan bola sepak diadakan di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan pemegang taruh bagi memperhalusi perkara itu untuk kelangsungan aktiviti sukan yang dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
“Memang saya mengharapkan aktiviti sukan diteruskan... salah satunya kita mahu melihat model yang dilaksanakan di luar negara. Saya akan pastikan pada tahun depan aktiviti sukan akan diteruskan, kita akan yakinkan MKN tentang gelembung sukan yang baharu ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 bagi pihak kementerian itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jelasnya, bola sepak merupakan satu daripada sukan yang mempunyai pasaran besar kerana setiap perlawanan ditonton hampir lapan juta penonton.
Persidangan dewan bersambung esok. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!