Hina Agong: Ambil tindakan tegas

Beberapa individu dan aktivis membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Polis Banda Hilir.
Beberapa individu dan aktivis membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Polis Banda Hilir.
A
A
A

MELAKA - Beberapa individu dan aktivis bukan kerajaan (NGO) di Melaka membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Laporan dibuat di Balai Polis Banda Hilir, di sini, dengan ditemani kira-kira 20 individu lain yang berkumpul di luar balai polis seawal jam 11 pagi tadi.

Pengerusi Angkatan Busana Tanah Air, Iskandar Senin, 43, berkata, perbuatan dilakukan pengguna laman sosial yang menggunakan nama akaun 'Desmond Yongkor' itu tidak boleh diterima kerana tidak menghormati institusi beraja dan keharmonian kaum di negara ini.

No Image Caption

"Kami menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang amat biadab menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial. Melalui hukuman yang tegas, ia mampu menjadi tauladan kepada mana-mana pihak supaya tidak memandang remeh institusi beraja.

"Penting untuk setiap rakyat untuk saling hormat-menghormati dan terus berpegang kepada Rukun Negara," katanya pada sidang media, di Balai Polis Banda Hilir, di sini.

Dalam status Facebook sebelum ini, pengguna yang menggunakan nama 'Desmond Yongkor' didakwa bertindak kurang ajar dengan memuat naik kata-kata yang menghina Yang di-Pertuan Agong ketika istiadat mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan, Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, ketika dihubungi, mengesahkan menerima tiga laporan yang dibuat individu berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kita sudah menerima laporan dibuat tiga individu berkenaan dan merakamkan percakapan mereka. Kemudian, kita akan rujuk laporan kepada kertas siasatan awal yang dibuka di Pahang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!