Keadaan terkini paras air sungai di Kelantan

Keadaan paras air di Jambatan Diraja dekat Kota Bharu masih lagi normal.
Keadaan paras air di Jambatan Diraja dekat Kota Bharu masih lagi normal.
A
A
A

KOTA BHARU - Bermula dari malam tadi paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat melepasi paras amaran iaitu berada pada bacaan 8.06 meter (m) berbanding amaran 8m berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Berbanding malam sehingga jam 8 pagi tadi, bacaan di sungai terbabit ialah 8.03m dan paras berkenaan terus meningkat kepada 8.06m setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan infobanjir.water.gov.my sehingga jam 9 pagi ini, Sungai Kelantan di Kuala Krai pula berada pada bacaan 22.38m yang mana ia sudah menghampiri paras amaran (amaran 22.50m).

Keadaan paras air di Sungai Golok Rantau Paniang berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.
Keadaan paras air di Sungai Golok Rantau Paniang berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sementara itu, paras air Sungai Kelantan di Kusial Tanah Merah juga masih lagi melepasi paras berjaga-jaga meskipun menunjukkan trend menurun dengan bacaan terkini 12.18m berbanding malam tadi 12.56m.

Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah menunjukkan bacaan agak tinggi meskipun masih berada pada paras normal iaitu 20.89m berbanding paras berjaga-jaga 21.50.

ARTIKEL BERKAITAN: Paras air Sungai Golok di peringkat amaran

Selain itu, di Gua Musang pula, dua sungai iaitu Sungai Lebir di Kuala Koh dan Sungai Galas di Limau Kasturi masih berada pada paras normal.

Sungai Lebir di Kuala Koh ialah 62.79m (normal 62m) manakala Sungai Galas di Limau Kasturi 53.24, (normal 53m).

Artikel Berkaitan:

Mengikut portal sama, paras air di beberapa sungai lain masih lagi normal, Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai ialah 22.51m (normal 23), Sungai Kelantan di Jeli ialah 1.71m (normal 1m), Sungai Kelantan di Air Mulih Pasir Mas ialah 5.75m (normal 4m); Sungai Golok di Empangan Bukit Kwong pula 15.31m (normal 16.76m) Sungai Semerak di Pasir Puteh ialah 0.81m (normal 0.40m) dan Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat ialah 0.62m (normal 0.70).

Dalam pada itu, dua pusat pemindahan yang dibuka di Kuala Krai iaitu di Masjid Lama Keroh dan Sekolah Kebangsaan Banggol Guchil sudah ditutup semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!