'Hijack' treler, Geng Alavandan dicekup

Azhar (kanan) menunjukkan bongkah tembaga dianggarkan bernilai RM300,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.
Azhar (kanan) menunjukkan bongkah tembaga dianggarkan bernilai RM300,000 di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.
A
A
A

KULIM - Seramai 15 ahli kumpulan Alavandan ditahan di Kedah dan Pulau Pinang dalam Ops Kargo kerana disyaki terlibat dalam kejadian 'hijack' sebuah treler bersama muatan 60 bongkah tembaga bernilai anggaran RM300,000 dekat Bukit Chong, Sungai Karangan, dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, turut ditahan ialah pemandu treler yang membawa muatan tembaga seberat 18 tan itu, selain dua individu disyaki dalang yang merancang kejadian rampasan ketika treler dalam perjalanan mengangkut bongkah tembaga dari Bukit Selambau ke Sungai Karangan, 15 November lalu.

Menurutnya, dalam kejadian jam 1.24 petang itu, pemandu bersama kelindan didakwa telah ditahan empat individu lain ketika melalui lokasi kejadian.

"Pemandu dan kelindan mendakwa dilarikan selama dua jam menggunakan sebuah van putih sebelum 'dilepaskan'," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.

Menurut Azhar, selepas 'dilepaskan' dan berpatah balik, mereka dapati treler bersama 60 bongkah tembaga telah hilang.

Bongkah tembaga dianggarkan bernilai RM300,000 yang dilarikan dua minggu lalu telah ditemui semula.
Bongkah tembaga dianggarkan bernilai RM300,000 yang dilarikan dua minggu lalu telah ditemui semula.

"Bagaimanapun terdapat keraguan dan percanggahan maklumat terhadap keterangan yang diberikan pemandu dan kelindan yang mengatakan mereka telah ditahan oleh empat pegawai kastam di pertengahan jalan, menyebabkan mereka turut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, berpandukan keterangan suspek, polis telah membuat beberapa serbuan di Sungai Petani, Kulim, Bukit Mertajam dan Butterworth serta menahan 15 lelaki berusia antara 21 hingga 62 tahun yang disyaki turut terlibat dalam kejadian terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Hasil soal siasat telah membongkar bahawa kehilangan bongkah tembaga itu adalah satu rancangan, sebelum menemui semula 60 bongkah tembaga yang telah dijual kepada sebuah kilang di Kulim dengan bayaran RM100,000.

"Dua suspek berusia 39 dan 62 tahun disyaki dalang utama yang merancang kejadian 'hijack' terbabit," katanya.

Azhar berkata, antara yang dirampas termasuk sebuah treler, dua buah lori, dua buah jentera pengangkut, sebuah motosikal dan wang tunai sebanyak RM97,000 di mana RM3,000 telah digunakan untuk membayar sewa lori.

Bongkah tembaga yang dilarikan suspek, ditemui semula.
Bongkah tembaga yang dilarikan suspek, ditemui semula.

"Difahamkan ketua kumpulan yang berusia 52 tahun itu mempunyai tiga rekod lampau melibatkan jenayah kekerasan manakala suspek lain mempunyai rekod lampau berkaitan samun, pecah rumah, kekerasan dan dadah.

"Dalam masa sama, kita masih mengesan dua lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian ini," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.mai