Hantar bakul makanan untuk rakyat Malaysia di Singapura

Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad - Foto Bernama
Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad - Foto Bernama
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Johor menerusi Southern Volunteers akan menghantar bakul makanan untuk rakyat Johor dan Malaysia yang terkandas di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, usaha itu dilakukan bersama-sama pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Malaysia Singapore Association.

"Usaha ini diberikan atas rasa simpati dan kesedaran kerajaan negeri," katanya membentangkan Belanjawan Johor 2021 pađa Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Johor ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pandemik koronavirus (Covid-19) memberi impak yang besar, khususnya pasaran kerja yang begitu rumit dan pihaknya akan memberi tumpuan terhadap pembangunan modal insan.

"Antara usaha dalam memperkasakan modal insan di Johor ialah menerusi Program

Latihan Kemahiran Johor, program yang dijalankan menerusi Johor Upskilling, Johor Reskilling dan Pensijilan Tenaga Mahir bertujuan memenuhi kehendak pasaran industri semasa," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri akan menjalankan program peningkatan kemahiran serta latihan semula dan keusahawanan dalam sektor minyak dan gas kepada graduan, kontraktor tempatan dan pekerja yang telah diberhentikan.

Menteri Besar Johor berkata, pihaknya menerusi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) akan melaksanakan program-program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula menggunakan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan fasa pertama sebanyak RM8 juta.

Artikel Berkaitan:

''Kerajaan negeri akan memperkasakan peranan Jawatankuasa Pemandu Modal Insan Negeri Johor. Jawatankuasa ini akan menggariskan pelan tindakan dan menangani isu-isu berkaitan modal insan negeri Johor.

Program Perantis Iskandar Malaysia katanya, akan turut dilaksanakan selain inisiatif Gerak Kerjaya Johor, bantuan peningkatan ekonomi oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan inisiatif ke arah Revolusi Industri 4.0.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!