Covid-19: MPK tutup pasar borong, awam dua minggu sekali

Majlis Mesyuarat Bulanan Penuh Majlis Perbandaran Klang diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Majlis Perbandaran Klang hari ini.
Majlis Mesyuarat Bulanan Penuh Majlis Perbandaran Klang diadakan bertempat di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Majlis Perbandaran Klang hari ini.
A
A
A

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup pasar borong dan pasar awam setiap dua minggu sekali pada November dan Disember ini.

Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, tujuan penutupan ini adalah untuk melaksanakan kerja-kerja semburan sanitasi awam di pasar borong dan pasar awam yang terlibat.

"Antaranya Pasar Pelabuhan Klang yang akan ditutup pada 1 Disember, 15 Disember dan 29 Disember, manakala Pasar Pandamaran pada 2 Disember, 16 Disember dan 30 Disember.

"Selain itu, Pasar Pekan Kapar akan ditutup pada 3 Disember, 17 Disember dan 31 Disember," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesyuarat Bulanan Penuh Majlis Perbandaran Klang bertempat di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Majlis Perbandaran Klang, di sini hari ini.

Katanya, penutupan turut akan melibatkan Kompleks Pasar Baru Jalan Meru dan Kedai Blok PKNS Pasar Baru Meru.

"Bagi lokasi ini, penutupan akan dijalankan pada 14 Disember dan 28 Disember.

"Untuk semua pasar, penutupan akan dijalankan pada 11 Disember," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi kenyataan semalam memaklumkan Klang kekal menjadi daerah tertinggi mencatatkan kes positif Covid-19 dengan 33 kes.

Jumlah ini diikuti dengan Kuala Langat yang mencatatkan jumlah kes baharu sebanyak 29 kes, daerah Petaling (26), Hulu Langat (120), Gombak (60), Hulu Selangor (4), Sepang (3) dan Kuala Selangor (2).

Dalam pada itu, kes harian di Selangor turun kepada tiga angka apabila 115 kes dilaporkan berbanding 1,623 kes sebelum ini menjadikan keseluruhan 12,693 kes.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!