Hakim tolak timbang teori lain sebabkan MH17 terhempas

Gambar menunjukkan Igor Girkin (kiri), Oleg Pulatov (dua dari kiri), Sergey Dubinsky (dua dari kanan) dan Leonid Kharchenko yang dituduh menyebabkan pesawat penumpang MH17 dari Malaysia jatuh terhempas di timur Ukraine. - Foto AFP
Gambar menunjukkan Igor Girkin (kiri), Oleg Pulatov (dua dari kiri), Sergey Dubinsky (dua dari kanan) dan Leonid Kharchenko yang dituduh menyebabkan pesawat penumpang MH17 dari Malaysia jatuh terhempas di timur Ukraine. - Foto AFP
A
A
A

The HAGUE - Kes seorang suspek Rusia, Oleg Pulatov yang disyaki menyebabkan sebuah pesawat penumpang MH17 dari Malaysia jatuh terhempas mendapat halangan semalam selepas seorang hakim menolak permintaannya supaya menimbang satu teori alternatif lain berhubung kejadian itu.

Para pendakwa raya dalam perbicaraan di Belanda itu menyatakan bahawa pesawat penerbangan Malaysia tersebut ditembak jatuh pada tahun 2014 dan membunuh seramai 289 orang yang menaikinya. MH17 ditembak jatuh dengan menggunakan sebuah peluru berpandu.

Menurut mereka, tembakan itu dilancarkan oleh kumpulan pemisah Rusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia tarik diri dalam rundingan nahas pesawat MH17

Bagaimanapun, pada Jun lalu, peguam bela suspek itu meminta supaya hakim membenarkan teori lain seperti penyertaan sebuah jet pejuang Ukraine yang menyebabkan pesawat berkenaan terhempas.

Pulatov merupakan satu-satunya suspek yang diwakili oleh peguam bela manakala tiga suspek lain tidak diwakili mana-mana peguam.

Namun, hakim Hendrik Steenhuis menolak permintaannya dengan menyatakan "adalah terpulang kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan senario utama (cara pesawat komersial itu terhempas)."

Bangkai pesawat penumpang MH17 dari Malaysia yang jatuh terhempas di timur Ukraine. - Foto AFP
Bangkai pesawat penumpang MH17 dari Malaysia yang jatuh terhempas di timur Ukraine. - Foto AFP

Artikel Berkaitan:

"Jika pihak pendakwaan tidak dapat membuktikan senario utama, tertuduh akan dibebaskan," katanya dalam satu perbicaraan di sebuah mahkamah yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi dekat sebuah lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

Pesawat penumpang itu berlepas dari lapangan terbang berkenaan sebelum ia terhempas.

Steenhuis turut menolak tawaran Pulatov untuk menjawab soalan hakim dengan mengemukakan jawapan bertulis.

Katanya, suspek itu "dijemput untuk hadir pada pendengaran (kes itu) dan perlu menjawab soalan-soalannya dalam sebuah mahkamah terbuka."

Bagaimanapun, tiga orang hakim yang akan memutuskan kes itu membenarkan beberapa permintaan Pulatov termasuk menemu bual seorang komander Briged AntiPesawat Ke-53 Rusia di Kursk, barat Rusia berhubung kejadian tersebut.

Rusia sebelum ini enggan untuk menerima permintaan daripada pihak pendakwa raya untuk menemubual komander tersebut.

Hakim turut membenarkan Pulatov menyoal komander dan rakannya yang dituduh, Sergey Dubinsky mengenai penglibatan Pulatov dalam panggilan-panggilan telefon yang telah dirakam.

Steenhuis kemudian menangguhkan pendengaran kes itu kepada 1 Februari 2021.

Empat suspek iaitu Pulatov, Dubinsky dan Igor Girkin yang merupakan warga Rusia manakala seorang lagi rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko yang juga anggota pemisah dituduh menjadi pelaku utama dalam kejadian tersebut.

Pulatov ialah bekas askar pasukan khas Rusia dan salah seorang timbalan Dubinsky yang didakwa membantu memindahkan sistem peluru berpandu ke Ukraine dari pangkalannya di Rusia. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!