Peruntukan Jasa sah dikurangkan

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kelihatan berucap pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. 
- Foto Bernama
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kelihatan berucap pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. 
- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengumumkan bahawa peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) atau kini dijenamakan sebagai J-Kom akan dikurangkan.

Dia berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

“Dari segi pengurangan (Belanjawan 2021), saya ada buat satu usul untuk kurangkan peruntukan yang diberikan kepada Jasa. Dalam peringkat jawatankuasa kita akan umumkan,” katanya.

Tengku Zafrul sebelum itu ditanya oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sama ada tambahan pada belanjawan yang diumumkan hari ini akan melibatkan pengurangan peruntukan lain.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memberi jaminan peruntukan RM85.5 juta yang diperuntukkan kepada Jasa akan dikurangkan.

MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!