Selesema burung di Jepun, lebih 140,000 ayam dihapuskan

Ayam dilupuskan bagi mengelakkan penularan virus selesema burung.
Ayam dilupuskan bagi mengelakkan penularan virus selesema burung.
A
A
A

TOKYO - Sejumlah 146,000 ekor ayam akan dihapuskan di Hyogo, yang menjadi wilayah ketiga dijangkiti virus selesema burung, lapor agensi berita Sputnik, memetik media Jepun hari ini.

Pihak berkuasa juga melaksanakan kuarantin pada jarak 10 kilometer (lebih enam batu), yang melarang semua pergerakan melibatkan ternakan dan telur ayam, lapor agensi berita Kyodo.

Selsema H5 yang sangat patogenik pertama kali dikesan di sebuah ladang ternakan di wilayah Kagawa, dengan hampir 4,000 ayam mati antara 1 dan 4 November.

Sejak itu, tujuh lagi wabak dikesan di wilayah ini, dan pihak berkuasa memerintahkan pembasmian ratusan ribu ekor ayam.

Pada Rabu, satu lagi wabak dikesan di Fukuoka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!