Maqis rampas tiga kontena daging sejuk beku dari India

Daging kerbau sejuk beku yang bernilai lebih RM1 juta dirampas Maqis di Pelabuhan NBCT Selasa lalu.
Daging kerbau sejuk beku yang bernilai lebih RM1 juta dirampas Maqis di Pelabuhan NBCT Selasa lalu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menyita tiga kontena dengan muatan daging kerbau sejuk beku bernilai lebih RM1 juta di Pelabuhan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini Selasa lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, rampasan daging dari negara India itu dibuat hasil pemeriksaan rutin dijalankan pegawai penguat kuasa Maqis selepas mendapati tidak mematuhi syarat permit import.

"Sebanyak 83,988 kilogram daging kerbau sejuk beku dikesan disimpan dalam tiga buah kontena terbabit dan pemeriksaan dilakukan kesemua konsainan berkenaan tidak mematuhi syarat import ditetapkan Maqis.

Daging kerbau sejuk beku didapati tidak mematuhi syarat permit import.
Daging kerbau sejuk beku didapati tidak mematuhi syarat permit import.

"Kegagalan mematuhi syarat ditetapkan pada permit import ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Zarina berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemeriksaan keluaran pertanian di setiap pintu masuk negara.

"Langkah ini bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma diimport ke negara ini bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan kerajaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!