Unit berkuda FRU PDRM

A
A
A

Unit berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelihatan memulakan tugasan bagi membantu operasi ronda mencegah penyeludupan sempadan negara bermula hari ini.

Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM, DSP Nurhidayah Damanhoori berkata 19 anggota dan seorang pegawai dengan kekuatan lapan ekor kuda telah mula melakukan rondaan bagi membantu Op Benteng, dengan radius rondaan melibatkan jarak 20 KM di kawasan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata rondaan berkuda dilakukan setiap hari bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari, manakala giliran kedua bermula dari pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang, dan menurutnya lokasi penugasaan unit itu bergantung kepada keadaan dan perkembangan dari semasa ke semasa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh

No Image Caption
GALERI

Lawatan Muzium Kesenian Islam Malaysia