Perhilitan tangkap gajah

A
A
A

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap seekor gajah jantan liar seberat 2.5 tan di Kampung Darat Teladas Air Putih dekat Hulu Kemaman hari ini.

Seramai 30 anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah di Pahang dan Perhilitan Terengganu mengambil masa empat jam untuk memindahkan gajah tersebut dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai sebagai pemikat.

Operasi tersebut agak mencabar kerana gajah jantan liar yang dianggarkan berusia 20 tahun ini lebih agresif berbanding gajah betina.

Operasi tangkapan itu dibuat susulan aduan penduduk di sekitar kampung tersebut yang pernah terserempak dengan gajah liar baru-baru ini.

Kehadiran gajah liar itu yang merosakkan tanaman kelapa sawit sejak awal tahun ini menyebabkan ada penduduk kerugian hingga berbelas ribu ringgit.

Gajah liar tersebut akan dibawa ke Taman Negara Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tarikan baharu Gua Musang

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Hari Natal

No Image Caption
GALERI

Belalang Padi

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan