MPHTJ turunkan 5,000 iklan haram

Shadan (empat, kanan) memotong iklan haram sebagai gimik pelancaran banteras banting dan ikan 'ah long' di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh hari ini.
Shadan (empat, kanan) memotong iklan haram sebagai gimik pelancaran banteras banting dan ikan 'ah long' di sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) giat membanteras kegiatan iklan haram dengan menurunkan kira-kira 5,000 iklan haram termasuk iklan pinjaman wang tidak berlesen dalam tempoh 11 bulan tahun ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datuk Shadan Othman berkata, penguat kuasa MPHTJ menjalankan operasi menurunkan iklan haram setiap hari dan dianggarkan sebanyak 20 hingga 30 iklan haram berjaya diturunkan sehari.

Menurutnya, walaupun iklan haram diturunkan namun sindiket iklan haram termasuk pinjaman tidak berlesen ini masih berdegil dan memasang iklan yang baharu terutamanya di kawasan tumpuan ramai seperti taman perumahan yang kepadatan penduduk, kawasan perniagaan, kilang dan pusat beli belah.

"Jika dilihat di taman perumahan Taman Tasik Utama, penduduk di kawasan itu agak padat dan ia menjadi tumpuan untuk ceti haram ini mengiklankan pinjaman wang tidak berlesen mereka kepada penduduk setempat.

Shadan (tengah) menunjukkan sebahagian iklan haram yang diturunkan dalam tempoh Januari hingga hari ini.
Shadan (tengah) menunjukkan sebahagian iklan haram yang diturunkan dalam tempoh Januari hingga hari ini.

"Setakat ini kita telah keluarkan kompaun sebanyak RM250 kepada 20 individu kerana memasang iklan haram itu di tempat awam di bawah kesalahan Undang-undang Kecil Iklan MPHTJ 2010," katanya.

Beliau berkata demikian selepas gimik pelancaran banteras banting dan iklan Ah Long di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini dan pada program itu lebih 200 gegantung iklan haram dimusnahkan.

Shadan berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan jumlah denda minimum dan tiada hukuman penjara dikenakan terhadap mereka menyebabkan kegiatan itu masih lagi berleluasa.

Artikel Berkaitan:

"Kita sentiasa bekerjasama dengan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan nombor yang tertera dalam iklan terbabit supaya tindakan undang-undang sewajarnya boleh diambil," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!