Puluhan ikan tilapia mati di kolam rekreasi

Norazizi dan Norhazman (kanan) menunjukkan ikan tilapia yang mati di kolam rekreasi di Taman Bandar Senawang.
Norazizi dan Norhazman (kanan) menunjukkan ikan tilapia yang mati di kolam rekreasi di Taman Bandar Senawang.
A
A
A

SEREMBAN - Penduduk di Taman Bandar Senawang di sini dikejutkan dengan puluhan ikan tilapia mati dan terapung di kolam rekreasi di kawasan perumahan itu sejak Selasa lalu yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Ahli Jawatankuasa Kampung Rukun Tetangga (KRT) DPalma DElise, Norazizi A Aziz, 40, berkata, kejadian itu disedari penduduk yang berjoging di situ dan selepas pekerja pembersihan terhidu bau busuk.

"Kita ingatkan tidak serius tapi selepas hari ke hari kita tengok makin banyak ikan mati sehingga menimbulkan bau busuk.

"Tak tahulah apa puncanya. Penduduk pun dah buat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan untuk siasatan. Lagi pun ini kawasan tumpuan," katanya.

Norazizi menunjukkan ikan tilapia yang mati di kolam rekreasi Taman Bandar Senawang
Norazizi menunjukkan ikan tilapia yang mati di kolam rekreasi Taman Bandar Senawang

Sementara itu wakil pemaju, Norhazman Abd Hadi berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku dan pihaknya telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kolam berkenaan di bawah pemantauan Jabatan Pengairan Saliran (JPS), namun penyelenggaraannya di bawah tanggungjawab pemaju.

"Kita pun tak tahu punca ikan-ikan ini mati. Kalau ikutkan air yang mengalir ke kolam ini daripada kawasan perumahan dan tiada dari kilang.

Artikel Berkaitan:

"Saya cuma bimbang ikan-ikan ini mati disebabkan ada orang tuba," katanya.

Katanya, pihak JPS dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah pun mengambil sampel air kolam ini untuk siasatan.

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!