Maradona pernah tembak wartawan, dakwa diculik UFO
LONDON - Pemenang Piala Dunia Diego Maradona pastinya akan dirindui peminatnya dengan kehebatan beraksi di padang bola sepak setelah pemergiannya mencetuskan kesedihan di seluruh dunia.
Bintang Argentina meninggal dunia pada usia 60 tahun kelmarin selepas mengalami serangan jantung dekat rumahnya di Buenos Aires.
Namun sepanjang karier gemilangnya bergelar ikon Argentina itu terpalit kisah dan insiden yang mencemar nama baiknya.
Lapor BBC pada 1994, Maradona pernah berdepan masalah kerana menembak wartawan menggunakan senapang angin.
Empat orang cedera apabila dia melepaskan tembakan terhadap mereka di luar kediamannya di Buenos Aires.
Maradona didapati bersalah kerana melakukan serangan dengan senjata dan dikenakan hukuman penjara dua tahun 10 bulan, namun ditangguhkan.
Bukan itu sahaja, Maradona juga pernah mendakwa dirinya diculik makhluk asing dengan UFO ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, menurut TyC Sports yang memetik sumber.
Namun apa juga kisah di sebalik figura bola sepak ini, beliau sentiasa diletakkan sebaris dengan nama legenda lain dan berjaya menjadi wira negara selepas memenangi Piala Dunia 1986 dengan aksi yang dianggap hampir 'one man show' pada ketika itu dan merupakan seorang yang sangat berbakat besar.- Agensi
ARTIKEL BERKAITAN:Diego Maradona meninggal dunia
Maradona dakwa pernah diculik makhluk asing
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!