Printcious tampil dengan hadiah ikut cita rasa pengguna

Vincent Tong
Vincent Tong
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Syarikat percetakan hadiah e-dagang (Printcious) bakal menampilkan hadiah suai pengguna menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Printcious Gifts, Vincent Tong berkata, ia bertujuan untuk membantu para pelanggan mendapatkan hadiah yang sesuai dengan keperluan mereka tanpa perlu membazirkan masa dan wang.

Menurutnya, Printcious bukan hanya berkaitan dengan hadiah biasa tetapi ia melambangkan pemberian buah tangan ikhlas dari hati seseorang dengan menambah sentuhan tersendiri ke dalam hadiah tersebut.

“Kami turut menawarkan barang perhiasan rumah seperti bantal, kanvas berbentuk segi empat tepat dan pelbagai ukuran lain sebagai hiasan dinding serta hadiah suai pengguna termasuk baju-T, cawan, jigsaw puzzle dan pelbagai lagi. Malah menawarkan lebih 10,000 rekaan grafik yang sedia ada.

“Selain itu, laman web kami juga bukan sekadar sumber untuk mencari hadiah, ia adalah ruang untuk anda tonjolkan personaliti dan cita rasa tersendiri dalam seni hiasan rumah mahupun ke dalam hadiah yang ingin diberikan buat yang tersayang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Vincent berkata, pelbagai pilihan hadiah boleh didapati di laman web Printcious dengan harga lingkungan RM15 hingga RM350 dan tempahan boleh dilakukan melalui tiga cara seperti ‘Design Your Own’ yang menggunakan rekaan atau gambar sendiri dan teks untuk dicetak.

“Kedua ialah ‘Beserta Templat’ iaitu menggunakan templat mesra pengguna yang telah disediakan untuk mereka yang kurang berpengalaman dalam rekaan. Hanya masukkan gambar atau teks di ruangan tersedia.

“Ketiga, ‘Rekaan sedia ada’ di mana barangan hadiah yang telah mempunyai rekaan tersendiri dan tidak memerlukan pengubahsuaian dari pembeli. Walaupun begitu, Printcious tetap menyediakan fungsi penambahan rekaan sekiranya pembeli menukar fikiran,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihak mereka juga turut menawarkan para perusahaan kecil dan sederhana (SME) servis penghasilan hadiah korporat yang boleh diubah suai daripada Printcious.

Malah, menerima tempahan pukal daripada para SME untuk memberi ganjaran kepada pelanggan mereka agar meningkatkan mutu jualan masing-masing.

“Antara produk yang boleh didapati termasuk cawan, tali lanyard, pad tetikus dan lencana butang (button badge).

“Kami turut mengalu-alukan pelanggan tempahan pukal untuk menambah sentuhan sendiri ke atas rekaan grafik,” katanya.

Vincent berkata, badan-badan korporat dan perancang majlis tidak dihadkan untuk mencetak hadiah dengan satu reka bentuk sahaja malah mereka juga boleh memuatkan mesej serta nama penerima.

“Sebagai contoh, perancang majlis mahu mencetak 100 biji bantal sempena majlis perkahwinan. Jadi, setiap satu bantal boleh dicetak dengan nama tetamu bagi memperingati saat terindah itu,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata, pihaknya akan menjamin penghantaran tanpa keraguan di mana rakan kiriman, Aramex telahpun melaksanakan tugas itu dengan sempurna di seluruh Malaysia dan serata dunia.

“Sekiranya anda bimbang tempahan tidak sampai pada waktu yang ditetapkan, kami memberi pilihan kepada pelanggan untuk pengambilan sendiri,” katanya.

Sebagai ganjaran buat para pelanggan, beliau berkata, Printcious menawarkan potongan harga istimewa dengan melayari https://www.printcious.com/my dan masukkan kod diskaun NOV65 di halaman check-out serta nikmati diskaun khas buat pembaca.

“Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2020 sahaja,” katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!