RON95, RON97 naik 3 sen, diesel naik 4 sen

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik empat sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.85).

Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!