Dipecat gara-gara swafoto dengan mayat Maradona
BUENOS AIRES - Tiga pekerja rumah pengebumian dipecat selepas mengambil gambar bersebelahan dengan mayat legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona.
Tindakan mereka turut mengundang kemarahan ramai selepas gambar tersebut tular di media sosial.
Dalam dua gambar yang diambil berasingan, seorang pekerja dikenali pasti sebagai Diego Molina bertindak keterlaluan apabila meletakkan tangan kanannya di kepala Maradona, manakala sebelah tangannya pula menunjukkan isyarat bagus.
Susulan itu, Molina turut menerima ugutan bunuh.
Pemilik pusat pengebumian Sepelios Pinier mengesahkan kepada media tempatan bahawa pihaknya sudah memecat ketiga-tiga pekerja berkenaan.
Maradona meninggal dunia ketika tidur pada Rabu lalu selepas mengalami serangan jantung.
Mendiang sedang menjalani rawatan di rumahnya di Tigre selepas discaj dari hospital 11 November lalu susulan pembedahan membuang darah beku di kepalanya. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Diego Maradona meninggal dunia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!