DAPSY tak perlu biadab: Farhash

Eric Teh, Farhash Wafa Salvador
Eric Teh, Farhash Wafa Salvador
A
A
A

IPOH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyifatkan kenyataan Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Eric Teh Hoong Keat terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai biadab.

Pengerusinya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, sebarang kritikan atau teguran perlu dibuat lebih berhemah sekiranya tidak bersependapat dengan arahan pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Malah menurutnya, cadangan pemimpin muda DAP untuk pertimbangan agar parti itu berpisah dengan PKR dan menyusun semula barisan pembangkang hanya mengundang perpecahan.

"Sekiranya ini pemikiran yang wujud di dalam PH, maka apa gunanya meletakkan amanah dan kepercayaan kepada pemimpin?

"Saya berharap pemimpin PKR mahupun PH berdiri teguh bersama Datuk Seri Anwar dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin pada masa yang sama mengembalikan mandat rakyat," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hoong Keat meminta Anwar memohon maaf selepas memberi arahan saat-saat akhir untuk tidak meneruskan undi belah bahagi pada undian Belanjawan 2021 peringkat dasar pada Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar perjelas sebab tidak sokong undi belah bahagi

Anthony Loke mengaku arah ahli Parlimen DAP tidak bangun

Artikel Berkaitan:

Katanya, sekiranya Anwar gagal memohon maaf, DAP perlu mempertimbangkan keputusan untuk berpisah dengan PKR.

Sementara, Farhash Wafa Salvador berkata, Belanjawan 2021 masih belum diluluskan dan usaha pembangkang belum dipatahkan lagi.

"Pembangkang hanya mengambil langkah jangka masa panjang dan berharap rakyat memahami serta bersabar buat masa ini," katanya.

"Jangan biadap sangat" Setiausaha Pemuda DAP Eric Teh Hoong Keat perlu lebih berhemah dengan teguran sekiranya tidak...

Posted by Farhash Wafa Salvador on Friday, November 27, 2020

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!