UMP di kedudukan 133 terbaik di Asia

UMP kini berada pada kedudukan 133 universiti terbaik Asia.
UMP kini berada pada kedudukan 133 universiti terbaik Asia.
A
A
A

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menduduki tangga ke-133 terbaik di Asia dalam penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings: Asia 2021 yang diumumkan agensi penarafan antarabangsa QS Quacquarelli Symonds baru-baru ini.

Ia merupakan pengiktirafan terhadap peranan dan usaha UMP membangun dan memperkasakan kualiti pendidikan modal insan di peringkat negara dan antarabangsa.

Selain itu, UMP juga berada pada kedudukan ke-9 antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini.

Wan Azhar Wan Yusoff
Wan Azhar Wan Yusoff

Naib Canselor UMP, Profesor Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff berkata, UMP akan terus memperkukuhkan usaha dalam memajukan dan mengembangkan pendidikan tinggi dengan memberi tumpuan terhadap bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) aras tinggi.

Menurutnya, pelbagai usaha sedang dibangunkan bagi memfokuskan terhadap peningkatan keupayaan teknikal negara antaranya melalui penawaran program akademik yang dipacu oleh industri bagi melahirkan graduan yang holistik.

"Tumpuan turut diberikan kepada jalinan kerjasama antara UMP dan industri dalam dan luar negara bagi meningkatkan lagi keupayaan teknikal kedua-dua pihak.

“Bagi mencapai hasrat ini, pihak universiti ini telah merangka Pelan Strategik UMP 2021-2025 dengan memfokuskan elemen penerokaan pengetahuan baharu melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi, pengantarabangsaan dan keusahawanan graduan dalam bidang berkaitan bagi meningkatkan kualiti pendidikan di peringkat global,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dr Wan Azhar berkata, turut diberi perhatian elemen kelestarian kewangan dan pemantapan kecemerlangan ekosistem universiti termasuk usaha ke arah menjadikan UMP kampus pintar dan lestari yang bakal memanfaatkan lebih 12,000 pelajar universiti itu.

"Melalui usaha berterusan ini diharapkan akan terus menjadikan UMP sebagai antara universiti muda yang dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan keupayaan teknikal negara,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!