Muhyiddin dedah jumpa Zahid, sudah bincang hati ke hati

Muhyiddin dedah jumpa Ahmad Zahid beberapa hari lalu dan sudah berbincang hati ke hati dengan Presiden UMNO itu.
Muhyiddin dedah jumpa Ahmad Zahid beberapa hari lalu dan sudah berbincang hati ke hati dengan Presiden UMNO itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, pertemuan empat mata beberapa hari lalu itu membawa initipati perbincangan secara lebih berterus terang.

"Beberapa hari yang lalu saya telah mengadakan pertemuan empat mata dengan Ahmad Zahid. Kami berbincang dari hati ke hati, bercakap secara terus terang.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Mungkin sudah tiba masa Majlis Presiden diwujudkan'

Muhyiddin ada hasrat bubar Parlimen

Bersatu guna logo PN pada PRU15: Muhyiddin

Krisis Bersatu-UMNO ujian penyatuan parti Melayu: Muhyiddin

"Kami sedar hubungan antara Bersatu dan UMNO perlu diperbaiki. Usaha perlu dibuat untuk mewujudkan keakraban antara Bersatu dan UMNO dari peringkat kepimpinan tertinggi hingga ke Bahagian dan Cawangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2020, yang dibuat secara maya dan dipancarkan secara langsung melalui Facebook parti itu hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin yang Perdana Menteri melalui perbincangan tersebut juga memberitahu, mereka bersetuju untuk memperkukuhkan hubungan antara Bersatu, UMNO dan Pas.

"Ketiga- tiga parti ini mestilah saling memperkukuh dan memperkuatkan antara satu sama lain. Tidak boleh berpecah. Tidak boleh bertembung. Tidak boleh memilih haluan yang berbeza," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!