Mayat reput terdampar di tepi pantai
MARANG - Pengunjung pantai Pulau Kekabu di sini gempar apabila menemui satu mayat dalam keadaan reput yang terdampar di pantai berkenaan petang tadi.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, mayat dipercayai lelaki itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.30 petang sebelum orang awam menghubungi pihak berkuasa.
Menurutnya, mayat tanpa identiti tersebut ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badannya sudah tiada.
“Berdasarkan keadaan fizikal mayat, ia dipercayai bukan warganegara Malaysia dan telah dihanyutkan arus sebelum terdampar di pantai berkenaan.
“Kita sudah lakukan siasatan awal. Setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Mohd Zain berkata, mayat berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!