'Saya dengar orang menjerit minta tolong'

Nor Idayu menunjukkann tempat mangsa yang dicampakkan dari tingkap tingkat tiga di lokasi kejadian.
Nor Idayu menunjukkann tempat mangsa yang dicampakkan dari tingkap tingkat tiga di lokasi kejadian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya dengar bunyi bising orang bergaduh dan jerit minta tolong di tingkat atas," dakwa seorang jiran dikenali Nor Idayu Ismail, 24.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di Pangsapuri Villa Danau, Setapak di sini, mangsa kanak-kanak lelaki, Muhammad Adam Sufi Muhd Norkhusairi berusia empat tahun maut selepas dipercayai dicampak datuk tirinya yang juga adalah warga Nigeria berusia 42 tahun.

Menurut Nor Idayu, dia yang berada di tingkat satu mendengar jeritan meminta tolong di tingkat tiga sebelum segera menghubungi pihak polis.

Kesan darah dipercayai isteri suspek di dinding aprtment terbabit ketika cuba melarikan diri dalam kejadian terbabit.
Kesan darah dipercayai isteri suspek di dinding aprtment terbabit ketika cuba melarikan diri dalam kejadian terbabit.

"Masa itu saya mengintai dari pintu rumah saya dan melihat seorang wanita berusia lingkungan 40-an dalam keadaan berbogel dengan kesan darah di kepala. Masa itu wanita itu sempat menarik dan menyelamatkan empat anak perempuannya.

"Selepas wanita itu berjaya melarikan diri bersama anaknya, saya bertanyakan kepada salah seorang anaknya siapa berada di atas dan dia mengatakan ada seorang lagi kanak-kanak lelaki iaitu cucu kepada ibunya itu bersama suami ibunya.

"Tidak lama lepas itu, saya lihat lelaki (suspek) yang berada di rumah tersebut mencampakkan telefon bimbit sebelum mencampak cucu tirinya (mangsa)," katanya ketika ditemui Sinar Harian hari ini.

Nor Idayu berkata, ibu kanak-kanak terbabit berusia lingkungan 20-an yang sudah berada di bawah kemudian cuba mendapatkan anaknya yang dibaling suspek, namun suspek yang kelihatan berang bertindak terjun ke arah wanita itu hingga mengenai bahagian kakinya hingga cedera.

Artikel Berkaitan:

Katanya, suspek yang dalam keadaan berbogel itu bagaimanapun berjaya ditahan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Kesan darah di lokasi mangsa dicampak di Apartmen Villa Danau, Setapak Kuala Lumpur hari ini.
Kesan darah di lokasi mangsa dicampak di Apartmen Villa Danau, Setapak Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, suspek berkahwin sejak 10 tahun lalu dengan seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang mempunyai empat anak perempuan berusia 19 hingga 29 tahun.

"Sepanjang perkahwinan dengan suspek, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia lapan tahun," katanya.

Tambahnya, punca kejadian dipercayai suspek cuba merogol salah seorang anak isterinya yang sedang tidur, namun dihalang isteri dan anak sebelum suspek mengamuk.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!