Penggunaan VAR perlu perbincangan serius

Milner cuba mengawal bola walau dikepung pemain Brighton.
Milner cuba mengawal bola walau dikepung pemain Brighton.
A
A
A

TONGGAK Liverpool, James Milner menegaskan perbincangan serius berhubung penggunaan video pembantu pengadil (VAR) perlu diadakan segera dalam usaha mengelakkan pelbagai keputusan kontroversi pada masa hadapan.

Menurutnya, perbincangan berkenaan dilihat setelah beberapa keputusan pengadil yang dibuat hasil rujukan kepada teknologi berkenaan menjadi pertikaian dalam kalangan pemain mahu pun jurulatih.

“Jelas sekali kita memerlukan perbincangan yang serius mengenai penggunaan teknologi VAR ini dan saya cukup yakin saya tidak bersendirian dalam hal in.

“Oleh itu, saya percaya sudah tiba masanya untuk penggiat bola sepak seperti pemain, jurulatih ‘bersuara’ mengenai penggunaan VAR ini.

“Ini berikutan penggunaannya yang telah menimbulkan banyak kontroversi sejak kebelakangan ini dikhuatiri boleh menyebabkan mereka tidak lagi berminat dengan bola sepak pada masa hadapan,” katanya.

Terdahulu Milner berkongsi pendapatnya itu menerusi laman twitter setelah skuad The Reds terikat 1-1 ketika berdepan Brighton di Stadium Falmer, awal pagi semalam.

Liverpool membuka jaringan pada minit ke-60 menerusi Diogo Jota sebelum pemain Brighton Pascal Grob menyempurnakan sepakan penalti yang penuh kontroversi pada masa kecederaan bagi menyamakan kedudukan.

Sepakan penalti berkenaan diputuskan oleh pengadil perlawanan setelah meneliti rakaman VAR ketika pertahanan The Reds, Andy Robertson dikatakan melakukan kekasaran kepada penyerang Seagulls, Danny Welbeck ketika cuba mengeluarkan bola dari kawasan penalti.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Milner turut menyifatkan Brighton sebagai pasukan yang bagus dan memberikan kesukaran di sepanjang perlawanan buat The Reds.

“Walaupun kecewa dengan keputusan perlawnaan, tetapi saya harus memberikan kredit kepada Brighton kerana mereka ternyata lawan yang sukar buat kami,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!