Rantau Panjang mula terima mangsa banjir

Musaidi muhammad,24, mengangkat barang untuk dipindahkan ke tempat tinggi selepas rumahnya di Kampung Lubok Gong mula dilimpahi air Sungai Golok.
Musaidi muhammad,24, mengangkat barang untuk dipindahkan ke tempat tinggi selepas rumahnya di Kampung Lubok Gong mula dilimpahi air Sungai Golok.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Dua buah keluarga dari Kampung Gual Tok Deh mengambil langkah awal dengan berpindah sendiri ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh di sini hari ini.

Pemindahan itu melibatkan tiga lelaki, tiga wanita, tiga kanak-kanak dan seorang bayi.

Mereka berpindah selepas kawasan rumah mula ditenggelami air akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu dan Sungai Golok sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.4 meter.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif memuji keputusan yang dilakukan keluarga tersebut.

"Inilah yang kita mahukan dengan berpindah awal ke PPS tanpa menunggu arahan dari pasukan penyelamat. Walaupun air hanya berada di bawah rumah namun mereka ambil langkah awal," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, beliau menasihatkan penduduk Rantau Panjang supaya sentiasa peka dengan trend terkini air Sungai Golok.

Beliau berkata, walaupun cuaca panas ketika ini namun paras air menunjukkan peningkatan.

"Cuaca sekarang tidak menentu, kadang kala hujan turun dengan lebat. Tidak perlu tunggu air mencecah 9.8 meter baru nak pindah. Seeloknya buat persediaan untuk berpindah ke PPS jika paras air mencapai 9 meter," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohamad Roy juga bimbang jika penduduk lewat berpindah mereka mungkin akan berdepan masalah kerana jumlah penempatan di PPS dihadkan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!