Banjir di Air Putih
Mangsa banjir, Anita Sulong, 50, (kiri) bersama anaknya Muhammad Lokman Hanafi Mohd Ruzilan, 24, mengangkat barangan dapur yang ditenggelami lumpur ekoran banjir ketika tinjauan di Kampung Teladas, Air Putih hari ini.
Penat menyelamatkan barangan dari air banjir belum hilang, kini penduduk kampung di sini terpaksa bekerja keras, untuk membersihkan barangan yang rosak kesan lumpur di rumah mereka.
Tinjauan Bernama di kampung itu mendapati penduduk pulang sebentar ke rumah setelah ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan, bagi memulakan proses pembersihan seawal 7 pagi berikutan cuaca yang semakin baik hari ini. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!