Upah RM300 simbah cat merah

Arifai menunjukkan botol cat yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak semalam.
Arifai menunjukkan botol cat yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak semalam.
A
A
A

GOMBAK - Polis mendedahkan taktik peminjam ah long yang menawarkan upah RM300 kepada penganggur dan pelajar lepasan sekolah untuk menyimbah cat di rumah yang gagal melunaskan hutang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, taktik itu digunakan seorang individu yang berperanan sebagai orang tengah untuk menarik golongan tersebut bersekongkol melakukan kegiatan menyimbah cat.

"Kegiatan itu terbongkar selepas orang awam menahan tiga lelaki yang menaiki dua buah kereta dalam keadaan mencurigakan di Jalan Bukit Permata di sini pada Isnin lalu sebelum suspek itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Arifai berkata, hasil siasatan terhadap tiga suspek berusia 20 hingga 25 tahun itu mendapati mereka ditawarkan upah untuk menyimbah cat ke atas rumah dan kenderaan yang diarahkan.

"Hasil siasatan mendapati tiga suspek itu tidak tahu tujuan mereka menyimbah cat dan hanya memberi gambar kepada seorang lelaki dikenali sebagai Kelvin sebaik selesai melakukan kegiatan itu," katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa telefon bimbit, komputer riba serta beberapa tong dan botol berisi cat merah dalam dua kenderaan yang dinaiki tiga suspek tersebut.

“Semakan juga mendapati enam laporan berhubung kejadian simbah cat dilaporkan di daerah Gombak sejak awal tahun yang dipercayai dilakukan suspek,” katanya.

Arifai berkata, hasil siasatan lanjut mendapati tawaran kerja sambilan itu diterima daripada Kelvin yang menawarkan iklan di media sosial.

Artikel Berkaitan:

“Bertindak atas maklumat, kita memberkas Kelvin di rumah sewanya di Kajang pada hari yang sama.

“Hasil siasatan awal kita percaya suspek merupakan orang tengah kepada sindiket ah long dengan menerima upah bagi melakukan kerja-kerja menyimbah cat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!