Cubaan seludup ubat sabung ayam, petrol gagal

PPM Semporna menunjukkan barang yang berjaya dirampas dalam serbuan di Pondohan Kuala Bibang, Semporna.
PPM Semporna menunjukkan barang yang berjaya dirampas dalam serbuan di Pondohan Kuala Bibang, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan empat lelaki menyeludup barangan perubatan haiwan tanpa lesen dan petrol dalam satu serbuan di kawasan Pondohan Kuala Bibang, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, seorang lelaki berusia 18 tahun turut ditahan manakala tiga lagi melarikan diri.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, Deputi Superintendan Mohammad Ismail berkata, polis mengesyaki sekumpulan empat lelaki melakukan aktiviti mencurigakan selepas mendapati mereka sedang memunggah barang dari tiga bot laju ke dalam sebuah rumah.

Bagaimanapun katanya, kesemua mereka cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis.

Barang perubatan haiwan tanpa lesen dan petrol berjaya dirampas PPM Semporna di kawasan Pondohan Kuala Bibang, Semporna.
Barang perubatan haiwan tanpa lesen dan petrol berjaya dirampas PPM Semporna di kawasan Pondohan Kuala Bibang, Semporna.

"Pemeriksaan menemui 24 tong jerikin kosong, 21 jerikin berisi sebanyak 525 liter petrol dan tiga kotak dipercayai mengandungi barang-barang perubatan haiwan tanpa lesen iaitu ubat sabung ayam.

"Pemeriksaan pada rumah tidak bernombor itu pula menemui satu kotak dipercayai mengandungi barang perubatan haiwan tanpa lesen dan dipercayai dijadikan tempat menyimpan barangan terbabit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Tangkapan dan rampasan yang bernilai RM83,386.75 diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Veterinar Semporna untuk siasatan lanjut.

"Kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Veterinar 1974," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!