Addy Kanna, Alvin Goh antara empat ditahan bawah POCA
KUALA LUMPUR - Suspek utama kes judi dalam talian, Alvin Goh dan Addy Kanna serta dua lagi anggota polis ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) selama dua tahun.
Alvin atau nama sebenarnya Goh Leong Yeong akan ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor bersama seorang lagi anggota polis manakala Addy Kanna pula ditahan di Penjara Pokok Sena, Kedah.
Seorang lagi anggota polis ditahan di Penjara Bentong, Pahang.
Hukuman berkenaan diputuskan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Jumaat lalu.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan penahanan terbabit memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Alvin dan Addy ditahan pada 2 dan 3 Oktober lalu selepas disyaki terlibat dengan aktiviti Macau Scam dan judi dalam talian yang mensasarkan mangsa di China dan bekerjasama dengan sindiket penipuan di luar negara.
SPRM turut merakam keterangan beberapa selebriti terkenal serta menahan beberapa pegawai dan anggota polis bagi membantu siasatan.
ARTIKEL BERKAITAN: [DIKEMASKINI] Addy Kanna, Leong Yeong ejen Macau Scam: PDRM
Alvin Macau Scam akhirnya kena cekup
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!