Sidang Dewan Rakyat diteruskan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat yang terhenti kira-kira 15 minit sebentar tadi susulan loceng kebakaran berbunyi kini diteruskan kembali.

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, punca kejadian tersebut sedang disiasat.

"Saya rasa masalah teknikal sebentar tadi, punca perkara tersebut sedang disiasat sekarang.

"Dengan tidak melengahkan masa. Saya ingin menjemput sekali lagi yang berhormat Datuk Seri Mahdzir Khalid," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Terdahulu, persidangan Dewan Rakyat dihentikan seketika ketika sesi jawab lisan berlangsung berikutan loceng kebakaran berbunyi.

Susulan itu, Azhar membuat pengumuman dan meminta semua pihak termasuk ahli Parlimen segera keluar daripada bangunan Parlimen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!