Awas Manchester United!

NEYMAR
NEYMAR
A
A
A

PENYERANG Paris Saint Germain (PSG), Neymar memberikan amaran bahawa pasukan gergasi Perancis itu akan tampil agresif ketika menentang Manchester United dalam aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi Khamis ini.

Menurutnya, pasukan itu sedang dipalit kecewa dalam saingan Ligue 1 selepas tewas kepada Monaco 2-3, baru-baru ini dan hanya mampu seri 2-2 dengan Bordeaux dalam aksi Ligue 1, kelmarin.

"Kami tahu betapa pentingnya saingan Liga Juara-Juara ini. Seperti perlawanan menentang RB Leipzig minggu lepas, kami tidak bermain baik, tetapi berjaya meraih kemenangan.

"Tetapi, pada Khamis ini, kami akan cuba bermain dengan permainan terbaik, memperbaiki beberapa perkara dan bermain sebagai satu pasukan. Jika tidak, kami akan berdepan masalah.

"Lagipun, kami sudah dua kali gagal mendapatkan keputusan positif dalam saingan domestik. Jadi kami tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan sesuatu yang bagus ketika menentang United," katanya.

Untuk rekod, kedudukan PSG dalam saingan Kumpulan H Liga Juara-Juara masih belum selamat selepas mencatatkan dua kekalahan kepada United dan RB Leipzig dalam pusingan pertama.

Gergasi Perancis itu hanya mengumpul enam mata daripada empat perlawanan dan perlu menang baki perlawanan untuk mara dengan selesa ke pusingan seterusnya.

Dalam masa sama, Neymar mengakui pasukan itu tergelincir daripada rentak persembahan terbaik mereka mencatatkan keputusan kurang baik dalam saingan liga.

Artikel Berkaitan:

"Seperti yang anda semua nampak, kami memang sedikit hilang fokus dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Walaupun berjaya menang, namun kami beraksi hambar.

"Kami perlu memperbaiki beberapa perkara mengelakkan aksi kurang bermaya itu berulang. Kami perlu kembali fokus sekiranya mahu mengekalkan trofi liga dan mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!