PM zahir rasa kehilangan pemergian kartunis Ikhsan

Menerusi catatan yang dimuat naik di laman sosialnya, perdana menteri sebagai peminat seni lukisan, berkongsi rasa kehilangan apatah lagi lukisan Mohamad Ikhsan banyak digunakan untuk menyebar mesej kesedaran berkenaan Covid-19.
Menerusi catatan yang dimuat naik di laman sosialnya, perdana menteri sebagai peminat seni lukisan, berkongsi rasa kehilangan apatah lagi lukisan Mohamad Ikhsan banyak digunakan untuk menyebar mesej kesedaran berkenaan Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ni mengucapkan takziah kepada keluarga kartunis ilustrasi digital, Mohamad Ikhsan Kamarudin yang meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi catatan yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya, perdana menteri sebagai peminat seni lukisan, berkongsi rasa kehilangan apatah lagi lukisan Mohamad Ikhsan banyak digunakan untuk menyebar mesej kesedaran berkenaan Covid-19.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan ahli keluarga tersayang, pemergiannya satu kehilangan kepada semua.

"Semoga ALLAH SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh,” kata Muhyiddin menerusi kenyataan itu.

Menurut akaun Facebook Artortoise, Ikhsan yang juga pengasas kumpulan itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.37 pagi tadi.

Allahyarham berusia 35 tahun sebelum ini menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang sejak 22 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!