Ekosistem pengurusan air di Selangor: Apa yang anda perlu tahu

No Image Caption
A
A
A

Bekalan air bersih dan selamat merupakan satu keperluan. Walau bagaimanapun, menyediakan bekalan air yang bersih, selamat dan berterusan bukanlah satu tugas yang mudah.

Proses-proses untuk menghasilkan air bersih merupakan satu perkara yang tidak diketahui ramai. Proses ini bermula daripada mengabstrak air mentah dan kemudian dirawat untuk menghasilkan air bersih dan selamat yang diagihkan untuk kegunaan pengguna.

Tiada pendedahan dan maklumat yang mencukupi tentang penghasilan air bersih oleh operator perkhidmatan air yang dibekalkan kepada pengguna.

TAHUKAH ANDA?

Sebagai salah satu operator air terbesar di Malaysia, Air Selangor mengoperasi, mengurus dan menyelenggara:

• 34 loji rawatan air

• 5,000 juta liter sehari (JLH) kapasiti keseluruhan

• 7 empangan; Empangan Sg. Selangor, Empangan Sg. Tinggi, Empangan Tasik Subang, Empangan Klang Gate, Empangan Semenyih, Empangan Sg. Langat & Empangan Kelau

• 3 fasiliti Penyimpanan Luar Sungai (ORS) dan 1 fasiliti Penyimpanan Augmentasi Sungai Hibrid (HORAS)

• 29,270 km rangkaian paip agihan

Artikel Berkaitan:

• 11 wilayah pengagihan bekalan air; Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya

• 2.4 juta akaun pelanggan (anggaran lebih 8.4 juta pengguna)

Walaupun Air Selangor adalah pemegang lesen tunggal yang bertanggungjawab untuk merawat dan mengagih bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, mereka tidak beroperasi secara bersendirian.

Air Selangor bekerja rapat dan bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan bekalan air yang bersih dan selamat untuk pengguna diutamakan. Walaupun setiap pihak berkepentingan ini mempunyai peranan yang berbeza, semuanya sama penting.

Air Selangor menyokong semua usaha yang dijalankan oleh SPAN, LUAS, Kementerian Alam Sekitar dan Air, serta pihak berkuasa berkaitan yang lain dalam bekerjasama bagi memastikan pemuliharaan sumber air mentah untuk memastikan masa depan air yang lestari buat pengguna.

Apabila menyentuh isu berkaitan keperluan asas seperti air, setiap orang merupakan pengguna dan mempunyai hak yang sama dalam mendapatkan bekalan air yang selamat dan bersih.

Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk melindungi sumber air yang bersih dan selamat untuk generasi yang akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!