Tiga ayam sabung dirampas di perairan Labuan
LABUAN - Tiga ekor ayam jantan yang cuba dibawa keluar ke Limbang, Sarawak, dipercayai untuk tujuan sabung ayam, dirampas polis marin Labuan pada Ahad.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata hasil maklumat awam, sepasukan polis marin menyerbu sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan ke Limbang dari Labuan pada 11.45 pagi.
“Ayam jantan itu dimasukkan ke dalam kotak...setelah memeriksanya, tiada penumpang yang mengaku memilikinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rampasan itu dibuat mengikut Seksyen 53(1) Ordinan Haiwan Negeri Sabah 1962 kerana tidak mempunyai permit.
Pajeri berkata ayam rampasan itu yang dianggarkan bernilai RM28,000 diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!