'Runner' maut dirempuh pemandu mengantuk

Motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini hari ini.
Motosikal yang ditunggang mangsa dilanggar oleh sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja penghantaran barangan maut dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 12.10 tengah malam, mangsa dikenali sebagai Zhafari Bukhori, 34, menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 dalam perjalanan menghala ke Plaza Tol Sungai Besi dari arah pusat bandar.

"Siasatan mendapati, pemandu kereta Honda Civic telah terlelap kerana letih dan melanggar motosikal mangsa yang berada di lorong kiri.

"Akibat kemalangan itu, mangsa diseret kira-kira dua meter, mangsa mengalami cedera parah, sebelum dilaporkan meninggal dunia di dalam ambulans semasa dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Zulkefly berkata, pemandu kereta tersebut telah dibawa ke balai polis untuk ujian ‘Evidential Breath Analyzer’ (EBA), keputusan saringan mendapati negatif alkohol.

"Dia telah ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!