Ucapan Elfira buat Sufian dari Makkah

No Image Caption
A
A
A

DENDANGAN lagu Di Matamu oleh Sufian Suhaimi menusuk kalbu dan rata-rata penonton di Axiata Arena Bukit Jalil, mengalir air mata dek kerana bait-bait lirik dan dipersembahkan, semalam.

Mengakhiri kemuncak pentas Anugerah Juara Lagu Ke-33, lagu yang dipertandingkan itu dinobatkan sebagai Persembahan Terbaik.

Begitu pun, selang beberapa minit kemudian laman sosial dibanjiri dengan penularan Twitter milik pelakon dan juga bekas tunang Sufian, Elfira Loy berhubung ucapan tahniah.

"Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang harini.

"Semoga dengan kemenangan awak, "derita" dan penceritaan awak akan habis," akhiri status dengan emoji senyuman.

Difahamkan, ketika ini Elfira sedang menjalani ibadah umrah pertamanya di Makkah, Arab Saudi.

Susulan penularan tersebut, rata-rata warganet mengecam tindakan yang dibuat aktres itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!