Semburan hidung cegah Covid-19

Dos tunggal semburan hidung itu dikatakan dapat memberikan perlindungan daripada jangkitan Covid-19 selama enam bulan. - Foto Agensi
Dos tunggal semburan hidung itu dikatakan dapat memberikan perlindungan daripada jangkitan Covid-19 selama enam bulan. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Saintis Amerika Syarikat (AS) di University of Pennsylvania dan firma bioteknologi, Regeneron kini sedang melakukan kajian sama ada teknologi yang dibangunkan untuk terapi gen boleh digunakan untuk menghasilkan semburan hidung yang dapat mencegah jangkitan Covid-19.

Idea penyelidikan itu adalah menggunakan virus yang lemah untuk membawa petunjuk genetik kepada sel dalam tekak dan hidung yang seterusnya akan menghasilkan antibodi kuat bagi menghentikan SARS-CoV-2 daripada menyerang sistem tubuh manusia.

“Kelebihan pendekatan kami adalah ia tidak memerlukan sistem kekebalan tubuh yang cekap bagi memastikan ia berkesan,” kata ketua penyelidik projek itu, Profesor James Wilson.

Di bawah kajian itu, penyelidik berharap semburan hidung tersebut dapat memasuki sel epitel untuk menghasilkan koktel antibodi melalui platform terapi gen yang dibangunkan oleh Regeneron.

Kebiasaannya, hanya sel imun yang boleh menghasilkan antibodi yang menjadikan idea baharu tersebut sebagai pendekatan inovatif.

Difahamkan, semburan tersebut juga berupaya mencegah jangkitan berikutan Covid-19 memasuki paru-paru melalui saluran hidung. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!