Ajinomoto penaja utama Bulan Nutrisi Malaysia

Tema NMM 2020 tahun ini ialah 'Melabur dalam Pemakanan Sihat: Makan dengan Betul, Mula Bergerak!'.
Tema NMM 2020 tahun ini ialah 'Melabur dalam Pemakanan Sihat: Makan dengan Betul, Mula Bergerak!'.
A
A
A

DENGAN sejarah yang melangkaui 100 tahun, Ajinomoto merupakan jenama yang dipercayai selama beberapa generasi.

Kepakarannya dalam teknologi asid amino telah menggalakkan sumbangan yang berterusan terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Pada tahun ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad sekali lagi memainkan peranan sebagai penaja utama bagi Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2020 dengan mempromosikan 'Makan Sihat, Hidup Aktif' selaras dengan tema tahun ini iaitu 'Melabur dalam Pemakanan Sihat: Makan dengan Betul, Mula Bergerak!'.

Program NMM diasaskan sejak tahun 2002 oleh tiga badan profesional iaitu Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran terhadap pemakanan sihat dan gaya hidup aktif melalui penyebaran maklumat nutrisi yang telus serta praktikal.

Ajinomoto Malaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, namun amalan pemakanan sihat masih menjadi isu di Malaysia kerana masih ramai tidak mengambil sayur-sayuran yang mencukupi walaupun khasiatnya diketahui ramai.

Menurut kenyataan itu, sebagai penyokong amalan pemakanan sihat, Pak AJI berkongsi beberapa menu 'Campur, Campur, Siap!' yang mudah dan cepat melalui aktiviti 'Cooking is Fun' bagi mempromosikan makanan yang enak dan sihat.

"Menu yang menarik dan berkhasiat tersebut akan menarik perhatian ibu bapa dan anak-anak untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dengan gandingan ramuan yang diperkaya dengan protein seperti ayam, daging atau makanan laut, lantas mencukupkan kandungan vitamin, mineral dan fiber dalam makanan harian mereka.

"Di samping itu, Ajinomoto Malaysia juga merupakan penyokong gaya hidup sihat dan percaya bahawa senaman fizikal dapat membantu pengaliran darah dan kesihatan seseorang individu secara keseluruhan," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini, syarikat tersebut melancarkan minuman jeli berperisa epal yang diperkaya dengan asid amino dikenali sebagai aminoVITAL, iaitu jenama nombor 1 di Jepun.

Menurut Ajinomoto Malaysia, sebagai pengeluar asid amino yang terbesar di dunia, produk itu dipercayai oleh ramai atlet selama lebih dari sedekad.

Kata kenyataan itu, permainan mini 'Power Up Your Workout' aminoVITAL boleh didapati di gerai Ajinomoto secara maya melalui laman web NMM https://virtualfair.nutritionmonthmalaysia.org.my/

"Orang ramai digalakkan untuk menyertai lebih banyak aktiviti di gerai Ajinomoto secara maya untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

"Lebih banyak permainan yang disertai, lebih tinggi peluang untuk memenangi tiga Hadiah Utama Cabutan Bertuah Ajinomoto bernilai RM1,000 bagi setiap pemenang.

"Kami berharap dengan inisiatif ini kami dapat menggalakkan dan menyokong rakyat Malaysia untuk Eat Well, Live Well bersama Ajinomoto," menurut kenyataan itu lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!