Laporan polis terhadap tiga individu termasuk Maria Tunku Sabri

Pertubuhan Kebajikan Komuniti (PKKJ) Jahut Pahang membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Karau terhadap tiga individu yang didakwa tidak menghormati sensitiviti masyarakat orang asli di negara ini Selasa lalu.
Pertubuhan Kebajikan Komuniti (PKKJ) Jahut Pahang membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Karau terhadap tiga individu yang didakwa tidak menghormati sensitiviti masyarakat orang asli di negara ini Selasa lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Pertubuhan Kebajikan Komuniti (PKKJ) Jahut Pahang membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Karau terhadap tiga individu yang didakwa tidak menghormati sensitiviti masyarakat orang asli di negara ini Selasa lalu.

Antara yang terlibat ialah personaliti televisyen, Maria Tunku Sabri yang memuat naik hantaran 'Menu Siakap 3 Rasa, Mati Tertembak di Sempadan' di Instagramnya.

Pengerusinya, Rosli Panjang berkata, dua lagi individu dikenali sebagi Fak Khairudin yang menulis di Facebook 'Tak payah nak terhutang budi sangat tu kerja mereka, tak payah takziah orang asli je pun agak mampuh seekor lembung kesayangan PDRM manakala individu dikenali sebagai Zamzuri Hussin memuat naik hantaran di Facebook dengan kata-kata 'Sebelum ini sejak bertahun-tahun tak ada penyeludup. Bila ada Senoi Praaq bertugas baru muncul aktiviti penyeludup ni.

Menurutnya, individu berkenaan dikenal pasti oleh pertubuhan tersebut mengeluarkan kenyataan melampau, menghasut, berbaur penghinaan, memperlekeh peranan dan pengorbanan anggota Senoi Praaq yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kenyataan mereka juga jelas berniat menjatuhkan maruah dan mempersendakan Sarjan Baharudin Ramli yang gugur di perbatasan serta mengguris hati dan perasaan keluarga beliau dan Sarjan Norihan a/l Tari yang kini masih dalam rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, laporan juga dibuat atas pelanggaran prinsip ke-5, Rukun Negara iaitu 'Kesopanan dan Kesusilaan' dan mahu semua pihak menghormati anggota PDRM.

Tegasnya, pertubuhan yang mempunyai 244 ahli itu tidak akan berkompromi dengan pihak yang sengaja mencetuskan perbalahan, membuat provokasi dan mengundang tidak keselesaan antara kaum di negara ini.

"Kita juga meminta pihak berkuasa membuat siasatan dan mengenakan tindakan tegas ke atas individu terbabit," jelasnya

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!