'Ekonomi meleset, kerajaan patut beri diskaun'

Mujibur Rahman Ishak
Mujibur Rahman Ishak
A
A
A
KUANTAN - Ketika situasi ekonomi yang tidak menentu kerajaan sepatutnya kerajaan memberi diskaun kompaun kepada pesalah lalu lintas, bukan bertegas dengan dasar tiada diskaun.

Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak berkata, kompaun adalah salah satu cara mendidik masyarakat supaya tidak berterusan melakukan kesalahan.

Namun katanya, dalam situasi ekonomi yang tidak menentu sekarang, kerajaan boleh menangguhkan pelaksanaan dasar tersebut.

“Dalam Islam pun ada hal yang boleh ditangguhkan hukuman, contohnya tidak memotong tangan pencuri pada tahun kemarau atau tahun ekonomi meleset.

“Jangan menampakkan sangat yang kerajaan PH terpaksa membangunkan negara melalui kompaun rakyat, tetapi janalah hasil daripada keluaran komoditi dan lain-lain,” katanya mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri bincang dengan polis, batal diskaun saman

Terdahulu akhbar melaporkan Anthony sama sekali tidak kisah sekiranya pendekatan sedemikan akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna jalan raya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2019 sempena Tahun Baru Cina di kawasan rehat dan rawat Dengkil.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!